19 April 2008

Nasi lemak


Bahan2nye :

3 cawan beras
4 cawan santan
1 inci halia
2 helai daun pandan
sedikit garam

Bahan2 sambal :

Cili kering - dikisar
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar - dikisar
Air asam jawa
Minyak
Belacan
Garam
Serbuk perasa
Gula

Sajian tambahan:

Timun
Rendang daging
Ikan bilis goreng
Telur goreng

Cara membuatnye :

Bersihkan beras dan toskan. Masukkan beras ke dalam periuk bersama santan, halia, garam dan daun pandan. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang merah. Dah naik bau dan kekuningan masukkan cili yang telah dikisar, bawang besar yang dikisar halus, gula, serbuk perasa, garam, sedikit belacan dan air asam jawa. Masak cili sampai pecah minyak, kemudian masukkan ikan bilis yang digoreng. Hidangkan nasi lemak panas-panas atau sejuk, dengan sambal ikan bilis goreng, rendang dagng, telur goreng dan timun yang dihiris.

14 April 2008

Laksa Kedah


Bahan2nye :

450 gm laksa beras - direndam dan direbus
600 gm ikan sardin - direbus, asingkan tulang dan isi
1500 ml liter air - merebus
30 biji cili kering - direbus dan dikisar
1 inci belacan - dikisar
10 biji bawang merah - dikisar
4 biji asam keping - untuk merebus ikan
Sedikit daun kesum
3 batang bunga kantan
^^
Ulam-ulaman:
^^
I biji timun
Daun salad
Cili merah
Cili padi
Limau purut
1 biji bawang besar
1 biji telur rebus

Cara membuatnye :

Toskan laksa yang sudah dimasak hingga lembut. Masukkan semua bahan kisar dan air dalam periuk. Rebus bersama daun kesum dan bunga kantan sehingga mendidih. Bubuh laksa beras ke dalam mangkuk. Hiaskan ulam-ulaman di atas laksa bersama telur rebus. Sendukkan kuah laksa ke dalam mangkuk tadi.

11 April 2008

Stir fried beef with ginger & onion


Bahan2nye :

80 gm kepingan daging
10 gm halia - dihiris
35 gm bawang merah
1 biji bawang besar
1 sb kicap pekat
1 sb kicap cair
1 st lada sulah
1 st gula
2 sb sos tiram
1 sb tepung jagung
sedikit garam

Cara membuatnye :

Goreng halia dan bawang putih, kemudian masukkan daging. Masak seketika. Setelah itu, masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair. Letakkan sedikit air dan serbuk perasa dan secukupnya. Biarkan seketika sebelum dimasukkan tepung jagung yang dicampur sedikit air. Sedia untuk dihidangkan.
******
sumber : mingguan wanita april 2008

05 April 2008

Pajeri terung


Bahan2nye :

3 biji terung panjang sederhana besar
1 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
3 ulas bawang merah - di tumbuk
1 ulas bawang putih-di tumbuk
2 cm halia - di mayang
Sedikit udang kering - ditumbuk
Daun kari secukupnya
3 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh dgn air@santan utk dijadikan pes bagi mengelakkan serbuk kari hangus)
1 biji kelapa (diambil santannya)
1 ½-2 sudu besar kerisik
3 ½ sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
1 asam keping

Cara membuatnye :

Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sebentar sehingga naik bau. Setelah itu masukkan bahan tumbuk, halia dan daun kari, kacau hingga agak keperangan. Masukkan pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan hangus. Setelah itu, masukkan santan, asam keping, terung dan kerisik. Kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.

02 April 2008

Buncis goreng masak hati



Bhn2nye :

300 gm kacang buncis
100 gm hati
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
Sedikit kunyit dan garam

Cara2 membuatnye :

Potong kacang buncis serong-serong sepanjang 2.5 cm. Potong hati sebesar 2 cm. Gaulkan hati dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Kacau hingga garing. Masukkan hati dan goreng selama 10 minit. Masukkan garam. Masukkan kacang dan balik-balikkan. Masak hingga empuk.

01 April 2008

Ayam masak paprik


Bhn2nye :
^^
3oo gm ayam - dipotong kecil2
sedikit sotong, udang, daging
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji tomato
1 btg karot
1 peket jagung muda
100 gm kubis bunga
2 helai daun limau purut
1 inci halia
1 sudu cili kisar
2 sb sos tiram
1 sb kicap manis
2 sb sos cili
Garam secukup rasa
^^
Cara membuatnye :
^^
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.