05 April 2008

Pajeri terung


Bahan2nye :

3 biji terung panjang sederhana besar
1 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
3 ulas bawang merah - di tumbuk
1 ulas bawang putih-di tumbuk
2 cm halia - di mayang
Sedikit udang kering - ditumbuk
Daun kari secukupnya
3 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh dgn air@santan utk dijadikan pes bagi mengelakkan serbuk kari hangus)
1 biji kelapa (diambil santannya)
1 ½-2 sudu besar kerisik
3 ½ sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
1 asam keping

Cara membuatnye :

Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sebentar sehingga naik bau. Setelah itu masukkan bahan tumbuk, halia dan daun kari, kacau hingga agak keperangan. Masukkan pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan hangus. Setelah itu, masukkan santan, asam keping, terung dan kerisik. Kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.

02 April 2008

Buncis goreng masak hati



Bhn2nye :

300 gm kacang buncis
100 gm hati
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
Sedikit kunyit dan garam

Cara2 membuatnye :

Potong kacang buncis serong-serong sepanjang 2.5 cm. Potong hati sebesar 2 cm. Gaulkan hati dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Kacau hingga garing. Masukkan hati dan goreng selama 10 minit. Masukkan garam. Masukkan kacang dan balik-balikkan. Masak hingga empuk.

01 April 2008

Ayam masak paprik


Bhn2nye :
^^
3oo gm ayam - dipotong kecil2
sedikit sotong, udang, daging
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji tomato
1 btg karot
1 peket jagung muda
100 gm kubis bunga
2 helai daun limau purut
1 inci halia
1 sudu cili kisar
2 sb sos tiram
1 sb kicap manis
2 sb sos cili
Garam secukup rasa
^^
Cara membuatnye :
^^
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

16 March 2008

Ayam masak kicap pedas


Bhn2nye :

1oo gm ayam - dipotong kecil
2 biji kentang
2 biji tomato - dibelah 4
3 s/b kicap pekat
1 s/b sos tiram
1 s/b sos tomato / air asam jawa
1/2 cawn air
1 s/b kunyit
3 s/b minyak bahan mayang
1 ulas bawang besar - dimayang
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
10 biji cili padi - ditumbuk
2 cm halia - ditumbuk
sedikit kulit kayu manis
1 pokok daun bawang - utk hiasan


Cara2 membuatnye :

^^

Bersihkan ayam, gaulkan dengan kunyit, goreng separuh masak kemudian ketepikan. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan kulit kayu manis sehingga wangi. Masukkan juga kentang biarkan sampai empuk. Masukkan air, kicap dan sos tiram. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng, tomato, daun bawang. Gaul sebati dan angkat.

^^

******

kentang boleh juga digoreng sebelum dimasukkan dalam kuah masak kicap ini.

15 March 2008

Lala masak pattaya


Bhn2nye :

1 kg lala
3 sudu minyak masak untuk menumis
2 batang serai dibelah
4 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato/sos cili
3-5 helai daun limau purut
1 biji perahan limau nipis
1 ulas bawang besar
1 biji tomato belah 4
air secukupnya

^_^

Bhn ditumbuk :

3 ulas bawang putih
1 inci halia
bawang goreng

daun bawang
garam & gula secukup rasa

^_^

Cara2 membuatnye :


Tumis serai hingga wangi, masukkan halia dan cili hidup yang telah ditumbuk bersama bawang putih. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos tomato/sos cili. Masukkan 1 sudu teh gula dan lala. Masukkan bawang besar dan daun limau purut, dan kacau rata, tutup lala dengan tudung kuali selama 2 minit sampai terbuka kulitnya (sudah masak). Perahkan air limau nipis dan masukkan tomato serta tambahkan garam jika kurang masin. Hidang dengan daun bawang.

*****

sumber daripada fp baipower... :)... kwn ibu yg rajin memasak...