21 February 2008

Sup ayam 'simple'


Bhn2nye :

100 gm ayam (potong kecil2)
2 sb rempah sup (bancuh dgn sedikit air)
1 btg lobak merah (potong kecil2)
1 pokok daun sup dan daun bawang (di hiris)

^_^

Bhn ditumbuk :

2 ulas bwg putih

1 inci halia

bawang goreng

air secukupnya

^_^

Cara2 membuatnye :

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk. Masukkan rempah sup dan kacau rata. Masukkan carrot, air dan garam. Kemudian masukkan ayam dan biar mendidih sehingga carrot lembut. Tutup api. Hidangkan bersama bawang goreng, daun sup & daun bawang.

19 February 2008

Cencaru goreng pedas


Bhn2nye :
5 ekor ikan cencaru sederhana besar- belah belakang dari kepala ke ekor - jangan putus dan buang insang dan isi perutnya - cuci bersih dan toskan. Tak perlu buang kulit.

Gaulkan bersama :
1 sd besar serbuk kunyit
1 sd besar garam
Secukup minyak untuk menggoreng

Kisar halus bersama :
1 biji bawang besar - dihiris bulat kasar
35 tangkai cili kering - potong dan rebus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan air
1 sd besar pes asam jawa
½ cwn air

1 sd besar garam
½ sd teh serbuk perasa
3 sd besar gula

^_^

Cara2 membuatnya :

^_^

Goreng ikan hingga masak. Tinggalkan 1 cwn minyak gorengan dan tumis bahan kisar bersama garam hingga pecah minyak dan garing. Masukkan air asam jawa dan kacau lagi hingga garing. Masukkan bahan perasa, gula dan bawang, kacau hingga bawang layu. Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata dan sumbat sedikit pes cili kedalam bahagian belakangnya semasa menggaul. Angkat dan hidangkan.

******

diubahsuai dari mesra.net

17 February 2008

Kuih cara berlauk

atas dapur lagi...

kuih cara yang dah masak...


Bhn2nye :


4 cawan tepung gandum

200 gm daging kisar

1 sudu besar rempah kari daging

½ labu bawang besar (dihiris halus)

½ biji kelapa (diperah santannya)

½ liter air
2 biji telur

1 tangkai cili merah (dimayang)

1 tangkai daun sup (dihiris halus)

1 tangkai daun bawang (dihiris halus)

2 sudu besar minyak masak

Garam dan gula secukup rasa


Cara2 membuatnya :

Panaskan minyak dan tumis bawang. Bila layu masukkan rempah kari daging dan sedikit air. Kemudian, kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau hingga masak. Angkat dan sejukkan. Bancuh tepung gandum, telur dan santan. Kacau hingga sebati. Masukkan garam dan gula dan kacau lagi supaya tidak berketul. Biarkan adunan cair sedikit. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan acuan kuih cara (cetak bahulu) yang telah disapu minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung ke dalamnya. Taburkan daging, daun bawang, daun sup, dan hirisan cili merah ke atasnya dan tutup. Biarkan hingga masak.

******

Tepung, telur dan santan boleh jugak disebatikan ngan cara 'blend'.

************

Ibu suke kuih ni, jadi kakak kena pandai masak kuih ni. Nati bile ibu dah tua, kakak leh buatkan kuih untuk ibu makan.

05 February 2008

Asam pedas


Bhn2nye :


^_^

100 gm Ikan ( sedudu / duri / pari / ikot selera )
cili kering - ikut suke ( dikisar )
10 sen daun kesum
2 btg bunga kantan ( dipotong pjg2 )
5 ulas bawang merah ( dikisar )
2 ulas bawang putih ( dikisar )
1/2 " halia ( dikisar )
sedikit lada hitam ( dikisar )
sedikit kunyit hidup ( dikisar )
sedikit belacan ( dikisar )
air asam jawa
air secukupnya

sedikit minyak untuk menumis
garam
serbuk perasa ikut suka

^_^

Cara2 membuatnya :

^_^

Kisar sume bhn yg perlu dikisar. Letakkan minyak didalam periuk. Tumis bhn2 yg telah dikisar. Biarkan sehingga pecah minyak. Masukkan bunga kantan, daun kesum, air asam jawa dan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan. Masukkan garam dan serbuk perasa ikut suka. Biarkan sehingga masak. Angkat.

******

kakak suke mkn asam pedas ni kan? so kakak kena tau nk masak camne... ibu syg kakak sgt2...